146. Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Apa khabar semua? Ayat skema pembuka bicara. Saya suka menulis dan mengarang. Tapi atas sebab-sebab tertentu saya rasa terbantut untuk nak menulis sesuatu kat blog ni. Bila terasa nak update sesuatu mesti saya terfikir apa faedahnya kalau saya tulis kat sini? Adakah baik atau tak? Kadang-kadang terasa nak bebas bersuara tetapi bila ditegur atau teringat pesanan-pesanan di fb bahawa jangan mengadu pada laman sosial dan mengadulah pada Allah, niat nak menulis pun terbantut. Bila fikir-fikir orang menulis perkara yang baik boleh jadikan ianya satu wadah untuk berdakwah. Sebab dakwah itu kan banyak caranya. Gerun juga rasa di hati bila fikirkan kita ini bertanggungjawab atas apa yang kita tulis. Kalau perkara baik Alhamdulillah. Tapi kalau perkara itu boleh menimbulkan salah faham dan fitnah pada orang lain tanpa kita sedari? Allahu Rabbi.

Intro yang agak panjang. Hmm saya cuma meluah apa yang bermain di dalam fikiran ini. Setiap orang pasti ada pandangan dan pendapat yang tersendiri. Bila baca blog orang macam-macam gaya bahasa yang saya dapat. Apa pun moga kalian yang melawat blog ini, saya mohon maaf andai ada yang kurang senang. Saya mohon ambillah yang baik dan tinggalkan apa yang tak baik. Okay? Terima kasih. :)

Peeps!

Sekarang baru nak menulis apa yang bermain di fikiran. Mungkin mengenai perasaan dan mungkin juga tidak. Cumanya saya nak cakap hidup ini penuh cabaran. Hidup ini perlukan pilihan. Bak kata orang putih "Life is challange". Bak kata orang putih lagi, "Life is about making a choice". Hmm apa pendapat anda?

Sejujurnya, saya seringkali diuji perkara-perkara sebegini. Saya tak tau apa hikmah di sebalik semua ini. Namun saya percaya dan yakin setiap ketentuan-Nya pasti adalah yang terbaik untuk diri saya. Cumanya saya betul-betul berharap agar keputusan yang diambil itu adalah yang terbaik. Kadang-kadang untuk mendapatkan sesuatu yang lain, kita terpaksa melepaskan yang lain. Betul tak?

When it's come to a decision, it is really hard for me to make it. Mungkin pada orang lain cakap saya bodoh or saya rugi atau saya tak pandai buat pilihan kerana melepaskan peluang itu. Hmm well, as I said before, kita terpaksa lepaskan peluang untuk sesuatu yang lain. Sedih? Tak perlu tanya. Tipulah kalau saya cakap tak ada rasa sedih dihati. Memang ada. Tapi cuma fikirkan positif. Mungkin ada hikmahnya. Belajar untuk terima dengan hati yang terbuka atau berlapang dada. Insya-Allah sedih itu dengan sendirinya beransur pergi.

Mates!

Faham ke apa yang saya perkatakan? Sometimes it's complicated kan. Saya kira orang faham apa yang saya perkatakan. Sedangkan orang lain berpinar-pinar susah payah nak faham. Sebenarnya tak ada pun orang cuba nak faham pun.Hohoho.

Honestly, saya rasa hari ini sangat muram. Saya sendiri tidak tahu kenapa.Apa pun saya hanya mampu untuk berdoa semoga saya tabah dan sabar meniti hari-hari mendatang yang saya tidak pasti bagaimana likunya, apakah rintangan dan cabaran yang perlu saya hadapi. Harapannya, semoga Allah sentiasa bersama saya. Kerana terkadang saya begitu lelah untuk melakukan maksiat atau dosa. Saya sangat takut dengan kemurkaan-Nya. Saya hanya mengharapkan keredhaan-Nya dalam setiap perkara yang saya lakukan. Manusia itu sering lalai dan leka. Biarpun sudah menyesali sesuatu dosa namun tanpa sedar kita akan mengulanginya untuk kesekian kalinya. Allah! Allah! Allah!. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Ampunkanlah hamba-Mu ini.

Sahabat saya yang saya kasihi,

Berbalik kepada kehidupan, saya rasa tak perlu la saya menulis lagi kerana Allah telah pun bagitau kepada kita dalam ayatnya yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Nah! Apa lagi yang perlu saya tulis. Anda semua lagi hebat dari saya yang kerdil ini.

Jadi untuk diri:

Apa yang lepas semuanya sudah berlalu. Mungkin kamu anggap ia sesautu yang kamu suka tetapi mungkin ia tidak baik untuk kamu. Biarlah yang berlalu. Pandanglah ke hadapan. Itu bukan rezeki mu. Mungkin ada yang lebih baik menanti di depan. Ingatlah, kesusahan di dunia ini tidak berpanjangan asalkan kebahagiaan akhirat diperolehi. Bersyukur dengan apa yang ada. Biarpun ia sudah ditinggalkan di belakang jangan sekali kau menyesalinya. Kerana Allah itu Maha Mengetahui. :') Allah bimbinglah diri ini dalam usaha ku untuk menggapai redha-Mu. Jangalah Kau lepaskan aku sendiri membuat sebarang keputusan tanpa petunjuk dan bimbingan dari-Mu. Kerana aku bimbang sekiranya Kau membiarkan diriku ini, aku akan hanyut dan tersasar. Na'uzubillahu min zalik.


Renung-renungkanlah semua dan selamat beramal! :) Jumpa lagi dengan izin-Nya. Take care semua!

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')