151.Hidup Ini Hanya Persinggahan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Salam Jumaat buat warga pembaca sekalian. Semoga dengan keberkatan penghulu segala hari ini membuatkan kita lebih tenang dan bersemangat. Mari menambah amalan.

Peeps!

I did post few weeks ago related to heartfelt. I'm truly sorry for non-benefit post to share off. However, forget about those post. Hopefully everything went well. InsyaAllah.

Sahabat,

Hidup kita di dunia ini hanyalah persinggahan yang semenetara. Tiada yang kekal abadi melainkan kehidupan di akhirat. Mari kita renung sejenak, pandanglah di sekeliling kita, lihat dan perhati mana satu milik kita? Tiada! Tiada satu pun milik kita. Apa yang kita ada, yang kita miliki hari ini adalah semuanya pinjaman daripadaNya yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Atas sifat yang Maha Memberi Dia kurniakan kita kesempurnaan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, kaki untuk melangkah dan banyak lagi. Segala-galanya cukup indah dan cukup cantik. Subhanallah!


Biarpun sesibuk mana pun kita mengejar dunia, tiada salahnya sesaat dua mengucapkan syukur Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan yang tidak terhingga ini. Tidak perlu berbelanja beribu-ribu, berlari sejauh 1000 meter atau melakukan perkara-perkara berat. Hanya dengan mengucap syukur Alhamdulillah apakah ianya terlalu sukar? MasyaAllah. Teguran ini ditujukan khas buat diri sendiri yang terkadang alapa dan leka.

Pembaca yang dihormati,

Dunia adalah pentas lakonan. Dan kita adalah pelakonnya. Apa sahaja yang kita lakukan pasti tidak terlepas satu pun untuk dipertontonkan semula kelak. Allahuakbar! Jadi di kesempatan yang masih ada ini, sama-samalah kita memohon ampun padaNya, memohon maaf kepada manusia atas segala ketelanjuran kata, hati yang berprasangka dan apa sahaja yang salah di sisiNya. Maafkan saya sahabat. Ampunkanlah hamba-Mu ini Ya Rabbi. Astaghfirullah! :')


Kalau kita fikir nasib kitalah yang paling malang, hidup kitalah yang paling susah, ujian kitalah yang sangat mencabar sehingga tak tertanggung di jiwa, namun ingatlah pada mereka yang lagi teruk diuji daripada kita. Tidak perlu kita menghitung segala susah payah kerana Allah itu Maha Adil. Setiap apa yang ditimpakan ke atas kita adalah sesuai dengan kemampuan kita. Dia Maha Mengetahui sedangkan kita tidak. Anggaplah ujian dan musibah hidup itu satu rahmat daripadaNya. Tanda Dia masih sayangkan kita.

Ya! Bercakap memang mudah tapi sekiranya ianya berlaku pada kita adakah kita akan terima tanpa ada perasaan sedih,kesal, geram, marah dan seribu satu perasaan? Tepuk dada tanyalah Iman. Jawablah pada diri. Anda tidak perlu menjawab di sini. Kerana sejujurnya diri saya juga begitu. Ada ketika cepat benar diri ini melatah apabila diuji. Khilafnya ada pada diri. Semoga Allah kuatkan hati ini dalam menempuh hidup ini dan ampunkan segala kesilapan serta kekurangan diri.

Kerana hari ini aku percaya apa yang terjadi adalah yang terbaik dalam hidup ini. Aku juga percaya Dia tidak pernah meninggalkan kita sendiri dalam menjalani kehidupan penuh ranjau ini. Cuma kita yang selalu lupa padaNya ketika kita senang. Ya Allah sesungguhnya jangan Kau biarkan nasibku ini ditentukan oleh aku sendiri tanpa bimbinganMu. Kerana aku takut tergelincir dari jalanMu. Bimbinglah diri ini Ya Rahman Ya Rahim. Aku yakin akan ketentuanMu. Dan aku jua yakin rezekiMu itu luas dan ada untukku kelak. Cuma masanya belum tiba. Aku tetap yakin dan akan sentiasa yakin denganMu. Aku akan tetap berpegang akan kalimahMu. Janganlah Kau palingkan hati aku dari kebenaranMu.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita. Yakin dan percayalah bahawa Allah itu sentiasa memberi yang terbaik untuk setiap hambaNya. Dia mengetahui daya upaya serta kemampuan hamba-hambaNya. Marilah sama-sama kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang berlaku biarpun ditimpa musibah kerana bukan semua orang dapat menerima dan menanggung musibah seperti yang kita tanggung. Kerana kita kuatlah Allah menguji kita. Tanda Dia menyayangi kita. Alhamdulillah untuk semuanya. Terima kasih Allah.


Bersempena Sya'aban yang masih berbaki dan Ramadhan yang bakal menjelang, marilah sama-sama mengkoreksi diri. Ayuh! Semoga hari ini lebih baik dari semalam. :) InsyaAllah. Ameen! 

Dikesempatan ini mohon maaf pada semua jika ada tersalah bicara sedar atau pun tidak. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bersama tingkatkan amalan dan moga istiqamah dengan apa yang dikerjakan biarpun Ramadhan meninggalkan kita. Ya Allah sampaikanlah aku ke bulan penuh kemuliaan itu iatu Ramadhan! Selamat beramal. :)

p/s: tolong doakan sahabat saya minta disembuhkan dari sakitnya.doktor suspek jantung berlubang.syafakillah dear! stay strong and I know you can bear it! :)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')