152. Mati Itu Pasti

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Readers!

Ahlan!

How are you mates? Hopefully all of you are doing well. Lets cherish the moment that we have in our life. Says Thank You Allah because give us the opportunity to see the world for one more day. :)

Peeps!

Mati

Wah! Tajuk macam mengerikan saja. Tapi tidak bagi orang yang tinggi Iman dan Taqwa kepada Allah. Bagi mereka mati itu adalah manis dan saat yang ditunggu kerana mereka mahu pulang berjumpa dengan Rab mereka. Allahuakbar!


Lalu bagaimana kita?

Sudah cukupkah bekal dan amal bagi pelindung diri di sana kelak? T_T

Astaghfirullah! Mati itu pasti bagi setiap manusia. Hari, tarikh dan masa tidak akan terlambat walau sesaat atau pun sedetik. Semuanya telah tertulis. Namun itu semuanya rahsia Allah yang kita tidak tahu. Persoalannya, bagaimanakah persiapan kita menghadapi mati? Allah! Tepuk dada tanyalah Iman. :')

Saudara saudari yang saya hormati,

Anda takut mati? Bermakna amalan baik perlu dipertingkatkan. Sentiasalah bertaubat, memperbaharui niat dalam melakukan setiap perkara, bersangka baik, mengerjakan amal soleh, bersedekah, banyakkan mengingati Allah dan pelbagai perbuatan baik yang mampu anda lakukan. InsyaAllah semua itu adalah pelindung kita di sana nanti.

Anda tidak perlu takut tetapi hendaklah sentiasa mengingati mati supaya kita sentiasa beringat dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang olehNya. Mampukah kita? Sedangkan syaitan dan iblis itu senantiasa menghasut, mengacau dan menggoda kita dengan pelbagai cara untuk melakukan kejahatan. Maka, di situlah terletaknya nilai Iman dan Taqwa. Semoga Allah kuatkan hati kita dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau.

Sahabat!


Mati itu pasti! DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. :)

Sama-samalah kita renungkan! Selamat beramal semua!

Bekerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah seperti esok kamu akan mati!

Sekian dari saya untuk anda.

p/s:seandainya ditakdirkan saya pergi menemui Ilahi, mohon dimaafkan segala kesilapan saya yang sengaja atau pun tidak, dihalalkan makan minum dan mohon mendoakan kesejahteraan saya. :)

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')