154. Sekolah Autonomi

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Salam 1 Malaysia, Salam Perpaduan!

Agak tak ada kerja ke sebab hari-hari update blog? :D

Tadi baca paper pasal sekolah autonomi. Mari melihat keratan akhbar di bawah bagi menambah info dan meng'update' diri dengan berita semasa. (Baru-baru nak belajar up to date dengan isu semasa. wink! =P)

Rabu, 11 Julai 2012

Sambungan dari muka 1

Nak kongsi pendapat?
Sila la layari website bharian.com.my

Malas? 
Nah link siap bagi lagi. CLICK SINI (: 20 sen!
 
Malas jugak?
Adoii! Komen kat sini sajalah.hehe..

Actually, saya tak tau nak komen apa cumanya mampukah semua sekolah macam ni? Macam mana dengan sekolah di luar bandar? Memanglah bagi permulaan sekolah gred A tapi sampai bila la asyik nak kena jadi bahan ujikaji atau eksperimen saja. Oh kasihan murid-murid. kekeke..

Jap! Jangan salah faham ye. Saya tidak membantah dengan cadangan atau transformasi ni. Seandainya ia adalah yang terbaik dalam sistem pendidikan negara silakan! :)

Cuma, my humble opinion la. Kalau sekolah diberi kuasa untuk memilih murid-muridnya sendiri oh alangkah kasihan dengan pelajar yang kurang menonjol. Tak berpeluang la nak pergi sekolah bagus. Kadang-kadang murid atau pelajar performancenya lambat mungkin peringkat awalnya nampak tidak memberangsangkan tetapi tak selamanya dia akan macam tu. Kalau tak diberi peluang macam mana nak tingkatkan kualiti diri.

Pada peringkat sekolah lah pelajar perlu diberi didikan asas yang sempurna supaya kelak di universiti sekuat mana pun cabaran pelajar mampu harungi. Tapi kalau di peringkat sekolah pun dah di pressure dengan bagus bagus dan bagus takut memakan diri pelajar itu.

Berilah peluang mereka menikmati alam persekolahan macam biasa tanpa ada tekanan sesuai dengan peringkat umur mereka yang masih muda dan mudah memberontak. Bila usia dah meningkat pemikiran pun semakin matang barulah kita sogokkan dengan tekanan sikit supaya bersaing menuntut ilmu.

Ni just my humble opinion. Tapi mungkin ada pendapat yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya kan? Betullah tu. Tapi nak melentur pun biarlah berhemah sesuai dengan peringkat umur. Kalau awal-awal lagi di pressure mungkin besar nanti mereka menjadi orang yang serius memanjang tanpa ada humor dalam diri. hehe.. no offence.

So, what's yours? Tak nak jawab kat sini pun tak apa. Jawab dalam hati sendiri. Ambil peduli kerana ia akan melibatkan generasi anak cucu kita kelak! :)


Daa!

Itu saja mau di kongsi. Nak sambung buat keje plak. :)

Salam juang sahabat semua!

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Al - Mu'allim said…
salam 'alaik.

Mohon gunakan gambar untuk tulisan di blog cikgu. terima kasih

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')