156. Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Salam Ramadhan, Salam 1 Malaysia, Salam Perpaduan dan Salam Aidilfitri. :)

Wah banyak plak salamnya. Almost a month blog ini tidak di update oleh kerana hal-hal duniawi.hoho. Apa pun walaupun Ramadhan hanya berbaki beberapa hari saja lagi, pada yang berkesempatan marilah sama-sama kita bekerja keras memperbanyakkan amal soleh di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semoga amalan-amalan kita diterima Allah hendaknya. Ameeen! 

Peeps!

Esok saya akan berangkat pulang ke kampung halaman yang dirindui. Perasaan tak usah cakap lah. Siapa yang tak gembira mahu pulang ke kampung halaman bertemu dengan mak ayah tercinta. Tapi deep in my heart, I have no feeling to celebrate 'Eid-Fitr'. Tak tau lah mengapa perasaan ini datang. Mungkin juga sebab Ramadhan kali ini tidak seindah Ramadhan yang lalu? Atau faktor umur? Atau faktor jumlah ahli keluarga yang bersama menyambut hari raya. Fuhhh..

Raya tahun ni hanya bersama kedua orang tua sahaja memandangkan adik beradik lain beraya di rumah "ibu mertuaku" masing-masing.hehehe. Lumrah orang berumahtangga la. Ada giliran. Walaupun begitu, sepupu sepapat kebanyakannya pulang berhari raya. Tapi tidak ada perasaan pun mahu bertemu mereka.wakaka.

Astaghfirullah! Moga diampunkan segala dosa atas rasa ini. Apa pun saya mendoakan kepada semua keluarga tercinta, sanak saudara, adik kakak, abang, pak cik mak cik, kekasih hati (opps!) serta sahabat handai yang tersyang:

Berhati-hatilah di jalan raya. Semoga anda selamat sampai. Ingatlah orang tersayang. Semoga segala amalan kita pada Ramadhan kali ini diterima Allah. Teruskanlah istiqamah anda dalam melakukan ibadah pada bulan-bulan yang akan datang bukan hanya terhenti setakat ini sahaja. Semoga anda dilimpahi kasih sayang dari Ilahi, keberkatan hidup, keharmonian dan keredhaan Allah selalu. Taqabballallahu minna wa minkum taqabbal ya kareemm! :)

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat anda semua. Mohon diampunkan segala dosa sedar atau tidak yang dilakukan. Maafkan saya dan saya juga maafkan semua. :)

Untuk awak,

Hati-hati drive. Ingat orang tersyang. Bersederhanalah dalam menyambut lebaran. Semoga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Selamat menunaikan puasa 6. Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin. :) Bertemu dan berpisah kerana Allah. Selamat balik kampung. hehehe.



Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

p/s: siapa awak tu? hahaha.. pastinya anda semua! saja la buat special nak suruh korang tertanya-tanya walaupun tak da orang tanya pun.hehe..peace no war. :)

Comments

faizal said…
untuk awak, cakap kat drive bas supaya dia bawak bas elok2..supaya awak selamat sampai perlis ..haha
Little Caliph said…
hehe..terima kasih. Alhamdulillah dah selamat balik dan selamat pulang semula ke tmpat kerja. :)

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')