158. Seketika Bersama...
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!
Ahlan!
How are you? How about your Iman today? Semoga sentiasa dalam redha Allah.
Update untuk kali ini:
1) Mood Raya
I noticed mood kat USIM ni masih lagi dalam mood raya. Setiap jabatan ada la aktiviti dan plan mereka tersendiri. Mesti kat tempat lain pun macam tu juga kan. Satu lagi kat area nilai ni bukan setakat USIM saja mood raya tapi warga penduduk dan peniaga Nilai juga kot. Sebabnya susah betul nak cari kedai makan yang bukak eventhough cafe dalam USIM sendiri. Mungkin nak tungu student masuk balik next week kot baru cafe2 akan di buka.
Di bulan Syawal yang masih berbaki apa kata kita cuba2 puasa 6. hehehe. Saya pun tak mula lagi ni. Tah sempat or tak. Hopefully sempat la. :)
Okay la. Minggu depan hari Jumaat bersamaan 7 September 2012 USIM akan mengadakan sambutan hari raya peringkat U. Sebenarnya untuk staff saja. Tapi since ada dua tiga orang RA mcm kitaorang ni, diaorang pun ajak la join. Tema tahun ni Raya dalam Islam. hehehe.
Tapi tak tau la bole join or tak since next week for the whole week until 11/9 ada training yang akan di hadiri di kampus Pandan Indah.hohoho. If slot training tu bole tinggalkan kejap bole la join. If tak selamat hari raya la.
Cakap pasal raya ni, for the 1st time raya tahun ni dapat kad raya.hohoho. Satu-satunya kad raya pada tahun ini. Tadaaaa!
CCM la bagi.. terima kasih daun keladi |
2) Sambutan Merdeka ke-55
Ni pun antara aktiviti kat USIM jugak. Ada hari sambutan kemerdekaan peringkat USIM ni. Aktif juga mereka ini. Untuk merdeka plak diaorang anjurkan pertandingan ceria merdeka antara setiap jabatan. Biasala hias menghias, tema dan sebagainya. Untuk COE & IHRAM masih lagi dalam pembikinan. Sempat snap 1 gambar je.
1 Malaysia...Janji ditepati... erk.. ^_^ |
Setakat ni je yang siap dulu. Ceria ker? hahaha... Asalkan ada hiasan dah ler. Bukan nak menang sangat pun. Bak kata staff sorang ni. ;) Banyak lagi jabatan yang buat lagi power. Ini pun belum lekat logo merdeka, 1 malaysia dll. Wait and see jer lah.
3) Training of Trainers
Training ni actually untuk pensyarah USIM fokus pada FPSK. Tapi since kitaorang ada terlibat dalam projek under Halal ni Dr Alina suggest untuk kitaorang join juga. Tarining lagi. hehehe. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat lah.
Akan diadakan di kampus FPSK di Pandan Indah. So, minggu depan kena travel la. Ulang alik Nilai-Pandan Indah. Nasib ada komuter di hati ku. hohoho.
So bersempena nak attend tarining ala-ala HEP dulu kononnya nak buka fail HEP la ni. Mengulangkaji sikit.hahaha..tengok la macam mana.
3 bulan punya course >_< |
Boleh tahan tebalnya.Tapi bukan la semua nak kena baca.hoho.Sikit2 je la. Sebagai refresher. If ada orang tanya tak da la terkebil-kebil. hehehe. TOT ni modulnya lebih kurang sama je dengan HEP ni. Cuma ada tambah sikit sajalah yang lain. Yang basic2 tu semuanya sama saja.
Rasanya post kali ni macam santai je lebih. Saja ja meng'update' aktiviti sekeliling. Semoga yang tidak bermanfaat itu ditinggalkan la ye. Selamat beramal! Semoga hari esok lebih baik dan lebih baik dari segala segi. Amenn!
That's it!
Ma'assalamah wa ilal liqa' :)
p/s: Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin.
Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-55 juga ye!
Bersyukur dengan nikmat keamanan di bumi Malaysia. Semoga Allah pelihara negara kita. :)
Comments