162. Heart Analysis (",)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Apa khabar anda semua pada hari ini. Hari Isnin merupakan hari pertama dalam satu minggu untuk bekerja. Pasti ada sedikit rasa yang kurang seronok selepas dua hari bercuti untuk memulakan rutin harian kita kan. Hehehe. Itu adalah perasaan si penulis setiap kali hari Isnin tiba. wink! ^_~.

Bicara kali ini berkisar tentang hati si penulis yang seperti graf osiloskop yang sentiasa berbubah-ubah or orang putih cakap flactuate. Ada masa naik ada masa turun. Dalam erti kata perasaan adalah ada masa sedih ada masa tenang ada masa merintih ada masa redha dan bermacam-macam perasaan lagi yang bermain-main di hati ini. -.-'


Mates!

Macam sangat cliche kan entri hari ini. Kalau tengok archive banyak juga post berkisar hati dan perasaan. Namun, begitulah manusia hendaknya. Tika kita berasa lemah ketika itulah kita seharusnya koreksi diri sendiri. Mungkin juga tatkala itulah tahap Iman kita juga perlu ditingkatkan. Saat Iman meninggalkan kita pergi, saat itulah seakan kita terasa beratnya dugaan dan ujian yang kita terima. Saat di mana kita selalu mempersoalkan takdir, merintih hiba dan meratap tanpa henti. Serasa hidup ini tidak lagi ada gunanya. Seolah hidup kita ini tidak punya harapan lagi untuk gembira. Syaitan juga mula bermain dengan hati kita. Membisikkan persoalan demi persoalan. Mencampakkan rasa benci,marah, kecewa dan 1001 rasa. Persoalan sering berulang di dalam diri kenapa kenapa dan kenapa?


Tatkala itu kita punyai rasa sedih yang terlalu tinggi sehingga tiada rasionalnya lagi akal fikiran. Terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini. Na'uzubillah. Moga Allah melindungi kita dari perbuatan yang keji.

Peeps!

Tiap rasa yang dikurniakan itu adalah untuk tarbiah diri kita sendiri. Sebagai peringatan dari Pencipta untuk diri kita. Mungkin bahagian kita tidak sama dengan manusia lain kerana Allah itu tidak akan membebankan kita sesuai dengan kemampuan kita. Jadi ujian hidup kita adalah berbeza.

I know again thats too cliche. Ayat-ayat itu selalu kita dengar. Namun, itulah antara ubat hati kita tatkala kita rasa sangat lelah dan lemah. Sifatnya hamba itu adalah lupa. Biarpun ayat yang sama sering berulang namun kita seakan tidak mahu mengerti. Kerasnya hati itu umpama kerak nasi lama-lama ia lembut jua. Begitulah hati, sekeras-keras kita tidak mahu menerima ayat yang cliche lambat laun itulah jua pengubatnya.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Usahlah kita berduka. Malah bersyukurlah atas tiap ujian dan dugaan yang diterima. Usah la kita memandang pada kelebihan orang lain yang tiada pada kita, tetapi pandanglah pada kesakitan orang lain yang jauh lebih hebat dari kita. Andaikan kita berada pada situasi sebegitu terpikulkah kita. Tanyalah pada diri kita sendiri. Yakinlah pada sang Pencipta. JalanNya itu sangat indah untuk kita. Cuma jika kita belum merasainya maka bersabarlah kerana belum masanya untuk kita merasai keindahan itu. Dia lebih mengetahui dari kita. Mungkin usaha dan sabar kita belum cukup untuk kita kecapi keindahan itu. Mungkin Dia masih merindui doa dan rintihan kita kepadaNya. 

Kepada diri sendiri,
Yakinlah dengan ketentuanNya. Tidak perlu memandang pada kelebihan orang lain yang tidak ada pada diri sendiri. Lihatlah pada nikmat yang ada pada diri sendiri dan tiada pada orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Mungkin usahamu itu masih belum cukup. Semoga engkau sabar dan redha. Semoga hari esok lebih baik dan indah jalannya dari semalam. Kita tidak punya kuasa untuk mentafsir masa depan tetapi kita punya kudrat untuk berusaha. Semoga aku bersabar atas ketentuan dan jalan yang telah Engkau tetapkan. ^_^




Bersamalah kita koreksi hati dan diri kita. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama terutamanya untuk diriku sendiri. ;') Semoga kita berjumpa lagi di lain entri. Hidup baik-baik semua. :)

Ma'assalamah wa ilal liqa'... :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')