166. Fatrah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Readers!

Ahlan!

Terima kasih kerana sudi singgah membaca blog hamba yang tidak seberapa ini. (chewah! bajet macam ramai plak yang baca). Apa khabar semua? Semoga semuanya baik-baik hendaknya. Sekarang rajin pula update blog kan. Al-kisahnya sekarang tengah ada masa terluang. Wah! Kerja2x! Blog saja! huhu. Nak cakap tak ada kerja MasyaAllah banyak kot. Tapi nak buat kerja macam 'clogged' (hahaha sorry words macam tak sesuai okay!). Anyway, saya bukan tak nak buat kerja tapi sekarang kerja macam tergendala atas beberapa sebab tertentu. Serius tak berapa faham. =.='

Okay now drop the topic pasal kerja bagai k. hehehe. Ampun! Bukan makan gaji buta tau! Na'uzubillah. Sebenarnya kerja RA ni menjadi pembantu saja untuk gerakkan kerja. Tetapi memandangkan tonggak-tonggak utama agak sibuk tu la jadi kerjanya tergendala untuk seketika. Risau sebenarnya sebab actually KPI partner projek ni bulan Disember semua kena siap! Oh tak boleh tahan! Padahal sangaaaattttttttt banyak lagi. Cuaks! Apa pun semoga dipermudahkan la ye. Selamat menyibukkan diri apabila tiba masanya. So, bila waktu terluang begini mari berkongsi cerita bersama. Hehehe. Oppss, tak bajet ramai yang baca tau. Saya sekadar suka-suka. Asif jiddan! :)

Peeps!

Hari ni saja banyak dah blog walking. Banyak input menarik, gaya bahasa yang indah-indah dan cara penulisan yang sangat menyentuh hati. Subhanallah! Bertuah sungguh kan dikurniakan kebolehan dakwah sebegitu rupa. Hanya dengan penulisan mampu menyentuh hati-hati kecil untuk kembali ke pangkal jalan. MasyaAllah. Semoga diberikan ganjaran yang baik untuk usaha itu.

Perkongsian apa ye nak cerita kali ni?

Sebenarnya saaaangatttt banyak benda yang boleh kita perkatakan. Tapi disebabkan diri saya yang tak pandai menulis jadi macam sangat tak tahu. So sad ;(

Hrmm, untuk pembaca sekalian, 

Masa saya blog walking tadi saya sangat tertarik dengan artikel berkaitan hargai masa. Okay serius saya tak ingat tajuk artikel tu apa. Cuma isi yang saya ingat, hargailah masa sekarang yang kita miliki. Kerana kita adalah kita sekarang. Masa yang berlalu tidak mungkin kita dapat kembali. Kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu lagi esok hari. Akan adakah masa untuk kita lagi. Jadi hargailah saat-saat dan juga perkara-perkara indah yang berlaku pada kita sekarang. Lakukanlah apa yang kita mahu lakukan, janganlah bertangguh kerana esok mungkin tiada untuk kita. Allahuakbar! Andai esok tiada untuk kita, adakah sudah terampun segala dosa-dosa kita? Cukupkah taubat-taubat kita? Sempurnakah amalan-amalan kita? Renung-renungkanlah! Tepuk dada tanyalah Iman.

Sedih okay! Sejujurnya diri sendiri sangat banyak dosa yang masih belum terampun mungkin. :'( Dosa dengan Allah, dosa dengan ibu bapa, dosa dengan adik beradik, saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga dan dosa sesama manusia. Allah! Terlalu banyak! ;'(


Itu baru dosa, belum lagi tanggungjawab. Sempurnakah sudah tanggungjawab terhadap agama? diri? masyarakat? Apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam? Tiada! Astaghfirullah! Bangunlah dari keselesaan hidup. Bangkitlah dari mimpi dunia yang penuh tipu daya. Ingatlah umurmu sudah tidak lama lagi. Boleh jadi sekejap lagi kita tidak berpeluang untuk bersua kembali. 

"Allahu Rabbi.
Seandainya nafas ini hanya terhenti di sini,
aku memohon agar hentikanlah nafasku dalam aku yang sentiasa beriman kepada-Mu.

Andai saat ini tiba waktunya pulang,
berilah keampunan-Mu pada tiap dosa-dosa hamba-Mu yang sengaja atau pun tidak,
yang zahir mahupun batin,
yang nampak mahupun tersembunyi.
Ampunkanlah!

Andai saat ini masa tidak banyak untukku,
berilah ruang agar pemergianku ini bukan pergi yang tiada jasa,
jadikanlah sesuatu yang baik dapat aku tinggalkan untuk panduan generasi akan datang
supaya pergiku tidak sia-sia
dapat menambah saham akhiratku kelak

Ya Rab
Seandainya aku ini insan yang penuh pura-pura
berilah aku ruang untuk aku membuktikannya
agar tidakku menjadi munafik

Allah!
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu
namun, aku tak upaya untuk menghadapi siksa neraka-Mu.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun
Ampunkanlah dosa-dosaku."


“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” 
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku.

Ini sahaja yang mampu untu dicoretkan. Semuanya bertujuan untuk mengingatkan diri saya sendiri yang sering lalai dan leka. Semoga memberi manfaat pada semua. Salam sayang untuk anda semua. :)

Ma'assalamah wa ilal liqa'...:)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')