167. Status di Facebook

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Apa khabar warga pembaca yang dikasihi sekalian? Semoga anda sentiasa berada dalam redhaNya selalu. Hi! Welcome December. Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember. Bulan terakhir untuk tahun 2012 mengikut kalendar 'orang putih' ni.huhu. So, apa pencapaian anda semua? Mesti hebat-hebat bukan? Alhamdulillah untuk seadanya. Bersyukurlah dengan kejayaan, kegembiraan, kejatuhan, kesedihan dan 1001 rasa kerana itulah resminya kehidupan. Jika kita sabar di akhirnya pasti ada kemanisan. Ye dok. In Syaa Allah. Ameenn! :)

Peeps!

Post kali ni macam nak share something yang accidentally found from FB. Nak cakap pasal update status. Sometimes pernah tak bila kita baca status kawan-kawan di FB kita rasa sedih, rasa rendah diri atau rasa macam tak best la kan. Pernah tak? Hmm. Susah juga nak jawab soalan ni. Takut-takut nanti dikatakan kita ni iri hati, dengki segala kan. Na'uzubillah. 

But, sometimes kita tak boleh deny kan. Memanglah mulut cakap okay tapi hati kita?! Fikir-fikirkanlah. Hehehe. Actually bukan nak suruh dengki, iri hati bagai. Cuma tu la kan. Susah nak jaga hati dan persaan. Then, bila terjumpa satu nasihat ni sangatlah rasa it's true! 

Ala lupa pula nak copy status tu. Tapi tak pe lah, meh kita letak gambar dari status yang dia bagi tu.

Be careful dear! Some might hurt with your thought. Lidah itu tajam! ;)

It's so true!

As for me, memanglah sometimes baca status-status kat FB make me feel uneasy. Tah lah maybe orang yang update status tu tak bermaksud nak buat orang lain sedih etc. Tapi ye la kan hati kadang-kadang terlebih pula sensitifnya. hoho. Status yang saya maksudkan bukanlah status berunsur nasihat tau. Status di sini merujuk pada status lain selain nasihat macam status peribadi/kehidupan seharian something like that.

Okay2! Janganlah hati sendiri je nak terasa kan. Cuba renung status-status or post2 kita sendiri plak dalam fb. Agak-agak ada tak hati-hati yang sedih terluka, gembira, benci or yang macam kita rasa la kan. Kita pun tak tau kan. Jadi lepas ni, saya rasa kita perlu lebih berhati-hati kot dalam meletakkan status/gambar/check in/aktiviti2 segala. Kerana kita tak tau mungkin dengan aktiviti2 kita di fb dapat mengguris hati-hati insan lain yang nak merasai tapi maybe tak mampu untuk melakukan atas sebab/desakan hidup. Kan3x? Hmm macam tu la.

Mates!

It's just my 2 cents. If anda nak ikut la. Tapi kalau anda rasa anda tak kisah dan anda berhak nak tulis apa-apa sahaja di fb silakan lah. Sebab semua itu hak peribadi anda kan. Some might says: "If tak suka tak payah baca/block/unfriend!"  Mudahkan! Hoho. No comments. Tepuk dada tanyalah Iman. :)

Tapi2x, just nak remind untuk diri sendiri, kalau boleh tu next time kenalah lebih berhati-hati and give a deep thought sebelum buat apa2 pun. Sebab kalau kita nak orang jaga hati kita, kita perlu la mula menjaga hati orang dulu kan. It's just simple as that. Bak kata pepatah orang putih;-"What goes around comes around." Betul tak? Itu karma mungkin. Atau lebih tepat hukuman/peringatan Allah untuk hamba-hambaNya. Wallahu'alam.

So, tak payah nak touching2 sangat, nak terasa lebih-lebih ke apa kan. Sebab kita kena percaya dan yakin rezeki tu Allah yang tentukan. Tiap orang ada rezeki masing-masing dan ada ujian masing-masing. Jadi tak perlu la nak sedih sangat kan. Senyum ja lah banyak2. :) :) :)

Mudah la nak cakap kan tapi kalau kita yang kena macam mana? hoho. Itulah. Tepuk dada tanya Iman. Di situlah kita akan tahu tahap mana sabar dan Iman kita. Kalau betul kita ini percaya pada ketentuan Allah dan sabar In Syaa Allah kita mampu harungi jugak walau pedih dan sakit macam mana sekali pun. Allahu Rabbi! Apa pun, segala ketentuan dan tiap kejadian adalah sudah tertulis dan dengan izin dan kehendakNya. Kun fayakun. Jadi! Maka jadilah ia! ;)

My valued readers!

Apa pun sebenarnya bermula dari diri kita sendiri. Walaupun orang lain tak perasan atau tak sedar apa kata kitalah yang mulakan dahulu. Kalau mampu tegur kalau tak mampu doa. Itulah selemah-lemah Iman kan. Kesimpulannya, saya boleh katakan, kita lah mulakan dulu untuk menjaga hati orang. In Syaa Allah, bila kita ikhlas lakukan kebaikan, dihujungnya pasti ada kemanisan. Allah itu lebih mengetahui semuanya. Sama-samalah kita berubah menjadi lebih baik sedikit demi sedikit. :)

Jadi renung-renungkanlah dan selamat menambah amal. Mohon maaf andai ada yang terasa atau kurang senang dengan kata-kata saya di FB mahupun di dalam blog ini sendiri. Minta maaf banyak2 okay! :) Mana yang baik bolehlah ambil sebagai pengajaran dan yang tak baik itu tingalkan. Hidup baik-baik semua. :)

Ma'assalamah wa ilal liqa' :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')