173. Dilema Hidup: Antara Dua :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

"I sometime hate this kind of feeling"

Nah! Terkeluarlah status macam orang tak menghargai sesuatu dugaan. Padahal dugaan itu tanda kasih sayang dari-Nya. Astaghfirullah. Sesungguhnya aku memohon ampun dari-Mu Ya Rab. Sungguh bukan niatku begitu cuma kadang-kadang hamba-Mu ini tidak cukup kuat menanggung perasaan.

Ibrah!

Kalau kita nak Allah sentiasa membantu kita, maka kita sendiri janganlah lupakan DIA tika kita senang. Hanya bila susah baru nak cari DIA. Jadi sentiasalah mengingati-Nya tika susah mahupun senang. Selangkah kau rapat pada-Nya, seribu langkah DIA rapat padamu. :') Insaf! 

I Love Allah :)

Apa sebenarnya? Mahu tahu? Hehehe... Tak penting pun. Cuma mahu mencoretkan di sini sebagai kenangan di hari tua. Jika masih diizinkan Allah untuk panjang umur kan. Ameeen! :)

Sekadar perkongsian saja tau. ;)

Pilihan A:

Sekarang ni saya kerja RA untuk satu projek yang akan tamat pada bulan 9 ni. Selepas tamat projek ni, kalau saya tak dapat kerja lain maknanya saya kembali menganggur. 

Pilihan B:

Saya ditawarkan untuk menjadi Penolong Pendaftar (PP) di Usim. Tapi taraf jawatan tu sambilan saja. 3 bulan sampai bulan 5. Lepas tu diaorang tak nak pakai sambilan dah, diaorang nak adakan jawatan kontrak. Terbaiknya adalah pengarah tempat nak pakai PP tu tak berani beri jaminan la sebab kalau kontrak kena interview. Tak semestinya akan dapat. Sebab terjadi kes-kes 'special' di mana orang lain yang dia recommend org lain yang datang. Risikonya di situ adalah kalau saya tak dapat kontrak (memandangkan saya tiada 'KABEL' yang besar) makanya saya akan menganggur lepas bulan 5. Lagi tiada kepastian di situ.

Kesimpulan:

Setelah melakukan pertimbangan yang sewajarnya, berbincang sesama keluarga, rakan-rakan yang lebih berpengalaman serta memohon petunjuk Yang Esa, saya bercadang untuk terus kekal sebagai RA. Walaupun saya terpaksa melepaskan satu peluang untuk membina kerjaya sebagai PP di USIM, saya yakin dan percaya sekiranya masih ada rezeki saya, pasti ada peluang kedua. Ameen! 

Ramai orang cakap nak dapat PP kat USIM ni tak senang melainkan pernah kerja jadi sambilan or memang ada kenal-kenal orang dalam. Tapi macam tu lah risikonya yang perlu saya ambil. Kalau saya memang tak ada kerja sekarang memang lah saya terima jawatan PP tu. Semoga inilah jalannya. Moga keputusan ini adalah yang terbaik untuk masa depan. Masih lagi menanti sinar untuk hari esok.

Masih mengharap.......
Realitinya:

Dari pemerhatian saya, realiti dalam mencari pekerjaan, terpaksalah kita menjadi proaktif, berusaha bersungguh-sungguh serta memohon bantuan Allah. Bumi Allah itu luas, pasti ada rezeki di mana-mana. Berusahalah selagi boleh. Biarpun saya hampir putus asa, tapi saya terpaksa juga teruskan pencarian ini. Dugaan manusia itu berbeza-beza bukan. Jadi kuatlah wahai hati. :')

Biarlah orang yang berkabel-kabel ini. Mungkin itu rezeki mereka. Yang penting kita berusaha lah sehabis mampu. Even it's not fair enough. Allah Maha Mengetahui. Masing-masing punya cara bukan. Mungkin kalau saya juga punya kabel, pasti saya juga boleh gunakannya. Mungkin itu juga satu usaha. Apa pun semoga yang terbaik untuk kita semua. Allahumma ameennn! :)

Peeps!

That's all. Remember what I wrote above, its just a sharing. Nothing to do with others. Just my little piece of life. Ambillah yang baik sebagai pengajaran dan tingallah yang tak baik. Salam juang untuk para sahabat semua di luar sana. Salam sayang dari saya untuk anda semua! :)

Ma'assalamah wa ilal liqa' :)

p/s: terima kasih tuan gambar
ana mohon share ye. ;)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')