Tuesday, May 21, 2013

177. Al-Fatihah Untuk Bonda

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

How's life dear? Hopefully everything goes well. Aminn! May our life full with His bless. 

It's been ages (okay over exaggerate) tak menulis. Sebenarnya teringin nak menulis. Tapi memang sejak kebelakangan ni idea makin haus umpama air laut yang menghakis pasir. Peribahasa apakah ini? Adik-adik nak SPM jangan guna ya. Nanti markah kurang.

Lots of things disorder. Faham dok? Buat-buat faham sudah. Hidup masih lagi perlu disusun atur agar lebih bermanfaat untuk diri, keluarga, agama dan ummah. Allahu akbar! Besar harapanku.

Banyak perkara berlaku di sekeliling kita lewat hari ini bukan. Dan ibrahnya sama-samalah kita kutip. Yang mana baik jadikan panduan dan yang mana tidak baik wajiblah ditinggalkan.

Sahabatku,

Hari minggu yang lalu saya dikejutkan dengan pemergian seseorang yang cukup saya hormati. Biarpun hanya setahun saya sempat berada di bawah acuannya namun setahun itu sudah cukup bermakna. Auranya sangat hebat. Roh perjuangan yang ditiupkannya dahulu masih lagi tersisa di hati ini. Di tanah wakaf itulah saya mengenalinya. 

Bonda! Itulah gelarannya suatu ketika dahulu. Dialah Allahyarhamah Ustazah Puziah Sani. Bekas pengetua bumi wakafan. Di mana serikandi dilahirkan. Sungguh saya rindu waktu itu. Mutiara bonda, ketegasan bonda dalam kelembutan mendidik puteri-puteri SMKA(P) ini, ketabahan dan kesungguhan bonda tiada tolok bandingnya.

Doa anakmu ini supaya roh bonda dicucuri rahmat. Berehatlah bonda di sana. Semoga Allah membalas jasa baik bonda dengan syurga-Nya yang tidak ternilai. Terima kasih bonda. Segala nasihat bonda akan sedaya upaya saya lakukan. Tenanglah bonda di sana. Innalillah wa inna ilaihi rajioun. 

Bonda


Al- Fatihah!


Sama-samalah kita berdoa untuk Allahyarhamah. Semoga tenang dia si sana. Sesungguhnya kita ini milikNya kepada Allah jualah kita kembali.

Ma'assalamah wa ilal liqa' :)

Thanks for reading. Take care (^_^)

1 comment:

ano said...

alfatihah..moga tenang disana