178. Tudung Oh Tudung!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Mulakankanlah harimu dengan lafaz Bismillah. Tebarkanlah salam dan maniskan senyumanmu pasti harimu lebih indah dan damai. Pagi Jumaat yang tenang dan permai. Semoga di penghulu segala hari ini kita berada di bawah keberkatan Ilahi hendaknya. :)

Wah!

Intro saja dah banyak kan3x. Hehehe. Bila mood nak menulis dan otak berjalan boleh la dimulakan dengan intro berjela. Cuba kalau idea tak menjelma. Oucchhh. >_<

Peeps!

Tajuk post mengenai tudung. 

Tudung apakah itu? Tudung saji? Tudung kepala? Anak tudung? Ibu tudung?  

Hrmmmmm......

Jom kita baca terjemahan ayat 31 daripada Surah An-Nur;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (24:31)

Nah! Persoalan tudung inilah yang ingin diperkatakan.



Alhamdulillah... semakin ramai perempuan yang dibukakan pintu hatinya untuk memakai hijab. Bermula dengan yang kecil dahulu dan semoga semakin lama semakin labuh menepati syariat. Melebihi paras dada dan siku dari sisi. Ramai juga yang masih tidak faham dalam hal aurat dan juga tudung.

Bertudung ini wajib bagi perempuan yang beragama Islam. Memang benar tiada paksaan dalam beragama. Itu bagi mereka yang tidak memeluk Islam. Tetapi bagi orang Islam itu sendiri apabila mereka mengaku kesaksian Allah itu Tuhan yang disembah dan Muhammad itu pesuruh Allah makanya wajiblah mereka mentaati apa yang diwajibkan dan apa yang dilarang.

Jelas bukan. Statement tiada paksaan dalam agama tidak praktikal dan not applicable kepada orang Islam.

Jadi bab menutup aurat ni adalah salah satu kewajipan kita dalam mentaati agama Allah. Subhanallah.

Pokoknya di sini apakah tudung yang kita pakai itu sudah menepati syariat yang Allah tetapkan? Tepuk dada tanya Iman. :)

Sedikit penerangan dari saya yang masih bertatih untuk terus mendalami ilmu agama. Pemakaian tudung itu hendaklah labuh melepasi paras dada bagi menutup perhiasan wanita (payudara). Itu dari pandangan hadapan. Dari pandangan sisi hendaklah melepasi paras siku seeloknya bagi menutup perhiasan wanita (payudara) dari pandangan sisi. (Ouchh macam lukisan kejuruteraan plak ye pandangan depan pandangan atas. Nasib tak termasuk 3D bla...bla....bla...)



Wallahu 'alam. 

Kalau nak lagi pencerahan boleh la tanya En. G. Tekan je apa-apa keywords berjela-jela keluar perihal aurat, tudung, wanita dan sebagainya. Salah satunya kalau malu-malu nak bertanya En. G apa kata KLIK SINI =) 



Mates!

Al-kisahnya saya buat entri ni sebab saya nak cerita betapa pening dan sushnya saya nak cari tudung yang labuh-labuh ni kat kedai. Chop! Memang ada jual kat kedai tapi untuk nak pakai pada majlis-majlis tertentu nak cari yang lain dari biasa pakai tapi labuh. Phew! Penat hari-hari search dan bertanyakan En. G. Tapi tu lah yang online-online ni memang ada. Saya ni pula jenis yang tak puas kalau tak tengok sendiri. Online ni kadang-kadang teknik pencahayaan indah warna dari rupa. Beli-beli sekali dapat warna lain. Tu la tak suka tu.

Sebenarnya nak cerita ni saja. Tapi penjelasan tu panjang sikit. Google punya google dapat la satu website or kedai yang jual tudung-tudung bidang besar ni siap boleh tempah lagi ha. Kedai apakah? Meh saya sharekan link bersama. Benda baik ni apa salahnya sharing2 kan. 


Tak da komisen pun kalau saya promote. Just for free. Sharing is caring. :)

Bercadang nak ke kedai ni dalam masa terdekat ni. Yang pasti weekend la. Dengan izin Allah. Kenapa la time saya belajar kat UIA dulu saya tak tahu dan tak familiar. Dekat pun dekat. Area Gombak je ha. Isk2... Ke saya je yang "Tempurung Atas Katak" ni? ;P

Nanti kalau dah pergi saya boleh review lagi. =)

Okay peeps! That's it! Hidup baik-baik semua. Yang mana baik sama-samalah ambil sebagai panduan dan mana yang tidak baik tinggal-tinggalkanlah. :) Peace no war.

Ma'assalamah wa ilal liqa' :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')