181. Langit Tak Selalunya Cerah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum and Very Good Day Mates!

Ahlan!

Warning!

Update untuk hari ini. Sekadar coretan hati. Minta abaikan kalau tiada manfaat. Terima kasih. :)

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan.

Nah! potongan lagu lukisan alam nyanyian Hijjaz.

Hidup memang tak selalunya indah. Jadi kalau terasa hari-hari yang anda lalui itu indah nikmatilah ia sepuas-puasnya. Rebahkanlah diri menghadap Pencipta-Mu tanda kesyukuran atas kurniaan keindahan hari-hari yang anda lalui.

Langit memang tak selalu cerah kerana kadang-kadang hujan ribut melanda. Hidupku juga begitu. Begitu jualah kehidupan anda. Perasaan sendiri? Atau realiti? Itu ku tak punya jawapan.

Suram malam tak berbintang adalah kiasan dari diriku yang suram dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Oh sungguh ku tak mengerti. Lain yang kuharapkan lain pula yang ku terima. Itulah kehidupan. Hanya Tuhan tempat aku memohon.

Itulah lukisan alam. Lukisan kehidupan. Warna-warni rentetan hidup sang hamba di dunia yang sementara. Adakah ini perasaan sendiri? Atau realiti? Lagi ku bertanya pada diri sendiri.

Sungguh aku tidak mengerti.

Tuhan berikanlah aku kekuatan hati, tidak ku pinta yang lebih untuk hari ini, hanya sekeping hati yang benar-benar teguh dan tegar dalam aku menjalani ujian-Mu.

Tidak ku minta lebih untuk saat ini, cuma mohon dikurniakan hati yang sentiasa redha dengan apa jua dugaan yang datang.Hati yang sentiasa bersangka baik dengan-Mu. 

Dugaan-Mu ini hanya jentikan sedikit sahaja berbanding nikmat-Mu yang banyak sebelum ini. Semoga dia jua mengerti. Mahu belajar memahami, saling menghormati dan berkasih sayang kerana-Mu.

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar. 

Coretan semalam biar menjadi kenangan. Moga coretan hari ini mampu memberi secebis kesabaran untukku terus berdiri. :') Jatuh bangkitlah kembali. Biar tiada tangan yang menghulur tapi masih punya kudrat dan keringat bukan.Ah rawan sekali.

Ma'assalamah wa ilal liqa' :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')