185. Kerinduan Tiada Akhirnya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and Very Good Day Readers!

Salam Ramadhan

Di saat orang lain bergembira menanti kehadiran Syawal, hati ini terasa sayu, mata ini terus-terusan berkaca-kaca. Kerinduan itu tiada akhirnya. Sayangku, andainya ummi mampu menghindarkan rasa rindu ini ingin ummi cuba, bukan bermaksud tiada kerinduan langsung buatmu, bukan bernakna tiada kasih dan sayang untukmu yang tersisa, namun ia hanya sementara agar ummi mu ini terus kuat meniti hari-hari mendatang tanpamu di sisi.

Ahmad Nusairi,

Kehadiranmu biarpun seketika sudah cukup buat ummi mu ini rindu akan mu, wajahmu yang tenang seperti tidur itu tidak akan ummi lupa sampai bila-bila. Hari-hari yang ummi lalui amat perit sekali. Bukan tidak redha, tetapi rasa sunyi tanpa kehadiranmu membuatkan ummi semakin hari semakin rindu. Terlalu banyak yang ummi ingin lakukan bersamamu sayangku.

Pedih! Ya itu tidak ummi nafikan. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang ummi mu ini rasakan. Bibir memang mudah mengungkap kata sabar, namun hati saja lah yang tahu apa itu rasa rindu, rasa sedih, dan 1001 rasa. Allah. Lemah sungguh hamba-Mu ini. 

Sayangku Nusairi,

Tiap detik dan saat yang berlalu akan ummi kenangmu dalam kehidupan ini. Saat orang lain sibuk menyediakan baju baru, seluar baru, kasut baru dan serba-serbinya baru, namun ummi mu ini tidak mampu berbuat begitu. Hanya pusaramu sahaja yang mampu ummi dan abimu sediakan. Bukan bermakna ingin memuja hanya sekadar tanda. Biarpun ummi tahu kamu di sana sangat bahagia. Berbahagialah kamu di sana duhai kesayangan dan kerinduan ummi. Semoga suatu hari nanti Allah akan pertemukan kita sekeluarga. :')

Sayangku,

Bagaimana mampu ummi menyambut hari raya tanpamu di sisi? Persoalan ini memang tidak akan ada jawapan sehinggalah tiba harinya nanti. Harapan ummi agar ummi terus kuat dan sabar. Ummi redha, ummi ikhlas. Semoga kita akan bertemu lagi sayangku. Ini hanyalah luahan rasa kerinduan ummi buatmu sayang. Tanda rasa yang terbuku dan terpendam di dalam hati ini. Supaya suatu hari kelak, saat ummi terkenangkan ummi ada sedikit coretan sebagai kenangan rasa ummi ini buatmu. Selamat tidur sayangku. Tidurlah seenaknya kerana sudah pasti kebahagiaan itu milikmu buat selamanya. Kerana kamu Wildan Syurga. Ummi gembira dan ummi bahagia kerana kamu sudah selamat di sana. Cuma rasa kerinduan ini yang tak mampu ummi bendung kadang kala. :')

Bersemadilah dikau dengan aman wahai cinta hati ummi
Ma'assalamah wa ilal liqa' :)

Comments

Most Favor

109. Isu KFC

119. Khalidu Bil Quran

163. Panduan Temuduga DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013

115. Pig and Its Derivatives

182. Ahmad Nusairi Wildan Syurga Abi dan Ummi :')